Thursday, May 13, 2010

Hari Belia Negara : Belia kreatif pemacu pembangunan negara


Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog TandasLelaki.Diharapkan anda semua sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera.Entry kali ini,saya akan membawa anda semua kepada sebuah sambutan yang sangat penting buat rakyat Malaysia amnya dan belia secara khususnya iaitu sambutan Hari Belia Negara 2010.Sebagai seorang belia dan juga blogger,saya menyahut cabaran ini untuk mempromosikan lagi sambutan Hari Belia Negara dan juga ingin mengajak belia di seluruh Malaysia untuk turut memanfaatkan blog sebagai salah satu wacana pembagunan sosial dan intelektual belia hari ini.

Dewasa ini,kita sedia maklum dengan kecanggihan dunia tanpa sempadan yang mampu melakukan apa sahaja.Justeru itu,belia sebagai pewaris pimpinan negara pada masa akan datang seharusnya menyedari hakikat ini dan menggunakan kesempatan yang ada untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi diri masing-masing menggunakan kecanggihan teknologi yang sedia ada.Blog merupakan salah satu wacana bagaimana belia boleh meningkatkan kualiti invidu secara inovatif dan mudah.

Saya sebagai seorang penulis blog mengakui menggunakan blog untuk mengekspresikan semua yang berlaku dalam kehidupan harian saya untuk dikongsi bersama dengan penulis yang lain.Melalui kaedah ini,saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk meluahkan pendapat saya dan lain-lain lagi.Saya juga menggunakan blog untuk membincangkan isu-isu semasa yang berlaku seperti isu gerabak khas bagi wanita yang diperkenalkan oleh KTMB baru-baru ini.Melalui entry sebegitu,saya dapat betukar-tukar pendapat dengan penulis blog lain dan juga berkongsi idea.

Mungkin ramai yang beranggapan dengan menulis blog adalah sia-sia tapi tidak bagi saya kerana dengan blog lah saya dapat meningkatkan pengetahuan saya serta menambah keupayaan saya melontarkan idea bernas melalui bacaan penulisan penulis blog lain yang sememangnya kaya dengan pelbagai idea.Setip blog mempunyai keunikannya yang tersendiri dan cara penulisan setiap penulis adalah unik dan tidak seharusnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana kami menulis bukan untuk kepuasan orang lain tapi untuk kami melontarkan idea kami yang mungkin terbuku selama ini dek kerana tidak tahu ke mana hendak dilontarkan semua idea itu.

Saya selaku belia dan penulis blog sangat berbangga dengan rakyat Malaysia terutama belia kerana ramai yang menjadi penulis blog dengan idea yang sangat bernas dan bemanfaat.Kegiatan ini amat lah sihat dan dapat mengelakkan belia dari membuang masa tanpa hala tuju.

Baiklah mari kita ikuti pula mengenai sambutan Hari Belia Negara yang akan mula disambut mulai esok.Butir-butirnya adalah seperti berikut:

tarikh: 14-16 mei 2010 tempat: seluruh putrajaya

Sambutan kali ini adalah bertemakan "Belia kreatif pemacu pembangunan negara" sejajar dengan kecanggihan teknologi sekarang yang sememangnya harus dimanfaatkan sebaiknya oleh golongan belia masa kini.Sambutan kali ini juga dijangka sangat meriah dengan pelbagai akiviti.Mahu melihat akitviti-aktiviti tersebut?sila lihat gambar-gambar berikut:


menarik bukan aktiviti yang disediakan?jadi luangkan lah masa anda untuk ke sana jika anda bekelapangan hujung minggu ini dengan pelbagai akiviti bermanfaat sesuai bukan sahaja untuk belia malahkan seluruh rakyat Malaysia amnya.Sambutan kali ini dijangkakan dapat memupuk semangat satu Malaysia melalui aktivitinya yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat Malaysia.Sama-sama lah kita memeriahkan lagi sambutan ini.

Akhir kata dari saya,majulah belia untuk negara


*gambar adalah dari laman web kementerian belia dan sukan Malaysia


berminat untuk masuk contest ini?baca selanjutnya:

Cara nak masuk dalam senarai 50 Blog Creative Youth:

1. Buat entry mengenai salah satu dari perkara di bawah. Pilih satu sahaja.

  • Persatuan ITYM
  • Hari Belia Negara pada 14-16 May 2010.
  • Harapan anda untuk kerajaan kepada golongan Blogger Belia

2. Tampilkan logo ITYM dibawah didalam entry tersebut.

3. Download Borang Penyertaan ITYM : link 1(4shared) , Link 2 (hotfile) dan penuhkan butiran. Emel borang tersebut beserta URL blogpost (entry) ke itym2007@yahoo.com

4. Tinggalkan link URL anda di laman Facebook ITYM dan di blog ITYM

Tarikh tutup :

13 May 2010 – 11.59 malam


10 comments:

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

aku harap wong ngan frodo join menda nih..sesuai utk depa nih..

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

gua pun harapkan begitu,eh alvin lu xnak turun joint sekali?

Frodo Baggins said...

wa sebak baca entry ni ...

Berd said...

bloggin jugak boleh rapatkan hubungan antara belia. bukan senang nak berkawan rapat walaupun tak kenal sesama sendiri.

big hugs..

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

frodo-sebak jugak

berd-ok betol,sepoloh markah

big hugs juga

hans said...

gudluck weih
aku malas nak join benda nih

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

thx wei

tangan said...

selamatt.uia?dekat je dengan tempat keje ian.haha

Razman said...

kelab belia gay? weyh, tak sangka ko boleh buat entri macam karangan spm. gila berfakta berilmiah. cam sial. kembalikan manager lucah yg dahulu!

miss nina said...

bestnya kalau dapat join kan?
tunggu diorg host kat jb laks:)

p/s: saje je tulis kat komen "xx org berak tak cuci"..huhu