Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru? Hari ni 17 May la bukan 16 May lagi

walau hari ini sudah 17 May 2010
gua tetap nak wish semua cikgu-cikgu gua

"SELAMAT HARI GURU"

guru adalah insan biasa berjiwa luar biasa
mendidik penuh dedikasi tanpa jemu

jap2 dedikasi kah?mari gua tunjukkan sesuatu:

di sekolah,wa bukan lah pelajar bermasalah
yang selalu di rotan atau di denda
tapi gua seorang student yang di sayangi oleh cikgu-cikgu

tapi cikgu-cikgu gua yang bermasalah


fes cikgu fizik gua,puan R
ada suatu hari tu,dia lambat masok kelas
semua budak dah cuak takut ketinggalan dalam pelajaran
sebab gua prihatin akan masa depan kami semua
gua turun g usha-usha dekat bilik guru
before tu gua singgah jap beli coke dekat vendor machine tu
fuh layan~,ok misi diteruskan
usha punya usha
cikgu gua ngah sedap baca metro
gosip pulak tu
kalau xsilap wa gosip siti nak berkawen dengan si Takamine
haish sigh
gua pun terjah dia
"cikgu nape x masuk kelas?" sambil buat muka sedih
"la cikgu lupa la,sorry2.jap cikgu naik" slumber cikgu gua cakap camtu
sebab tu lah fizik gua jancur lebur

sekend cikgu biology gua,Puan Z
yang ini memang power
mentang-mentang cikgu biology
dia g hentam beranak dua tahun berturut-turut
masa gua form 4 & form 5
so lu faham lah berapa bulan sangat dia sempat ajar gua
dah la dua2 tahun tu dia yang ajar gua
hampeh betol,gua ase nak cucuk ngan jarum je perot dia tu
gua bengang lagi sebab
dah la dia sempat ajar dua tiga bulan je dalam setahun
tapi bila dalam kelas dia selalu emo xtentu pasal
ayat dia yang selalu wat wa terbakar ialah ini:

"biaq pi kat hampa,hari ni aku xmau ajaq hampa,aku nak beletiaq ja sejam ni,hampa dengaq la aku beletiaq,esok periksa hampa jawab lah sendiri"

ayat tu berkumandang hampir tiap2 kelas
dan sebab itu lah cita-cita gua nak jadi pakar sakit puan
terpaksa dilupakan sebab biology gua musnah T_T

dan bermacam-macam lagi perangai,wa malas nak buka semua

tapi yang paling gua xboleh terima ialah kes baru-baru ni
kepada yang selalu berak sini
pasti tau gua jadi invigilator time cuti ritu dekat OUM
dan cikgu sekolah rendah gua
ditangkap meniru dihadapan gua
WTF !!!!
Inikah namanya cikgu?
yang selalu memesan kepada student jangan meniru?
malu gua dah la semua member2 gua tau tu cikgu gua

dan yang xboleh tahan tu
dia claim wa n kawan wa nak tutup periuk nasi dia

hoii cikgu lu ada otak x?

maaf entry ini bukan mengutuk cikgu semata-mata
gua tahu cikgu amat penting
jasa mereka
tapi cikgu di Malaysia perlu banyak BERUBAH !!!

INI SERIUS

p/s:ok lah gua nak g baca paperwork programme wa pulak,esok gua nak g pekan,pahang ada site visit untuk programme,kalau sapa-sapa sekat situ rodger2 la gua,haha

cau






10 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

takde ucapan untuk aku pon!

sadis!


huwaaa~

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

ada la syg

untuk kamu

di facebook tuh

sila semak hehe

selamat hari guru syg ku haha

Anonymous said...

hakhak!!!
harap lew cikgu kamo bace yeee..
hakhak!!!

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

hey manager..
lu niapsal hah??
17hb bukan hari guru la..
tapi hari razman sedunia..
lu mmg ketinggalam zaman..
wakakakakakaka..
mana frodo ekk??
tetiba ilang..

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

jantan-aku pon harap begitu

alvin-maaf wa xsambut hari lu declare kapel ngan razman,gua xnak bersubahat

frodo?dia terpaksa keje part time di BB skrang,masalah kewangan

doakan dia masih virgin sehingga dia jumpa wanita nya

huhu

Berd said...

haha. cikgu cikgu. lu pernah baca cerita cikgu suraya tak? kalau tak pernah memang sia-sia lah hidup lu.

wa rasa frodo dalam jail. sebab apa wa tak pasti.

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

cikgu suraya?dia pena cuba tackle wa,sib baik iman gua tebal saat itu

jail?mungkin la

lu pun xlamaa lg la tu

5069 said...

meh sini wa bgtau lu..exam tu sebenarnye nak uji cmane lu bole jawab soklan bukan berapa pandai kepala otak lu..kalau meniru tapi x kantoi itu yg terbaik..kalau kantoi pulak itu terbangang..

kalau wa jadi cikgu, mang habis anak murid..nak2 pulak yg macam lu..haha

MR. SYAH said...

cikgu pun ada kerenah masing gak kn..

Mohd Shahrul Hafizi said...

sama macam lecturer matrix aku dulu. emo tak tentu pasal. alasannya putus tunang dan peot. adoi.