Saturday, November 14, 2009

terus dan terus

hidup memang susah untuk dibayangkan bukan?

persoalan mengenai perihal masa depan sering menjadikan kita tertanya2

apa benar ada hari yang bernama masa hadapan?

jika ada bagaimana keadaannya?

adakah semua impian aku dan kamu tersusun rapi sebagai realiti di hari itu?

atau sekadar sejarah yang kita ciptakan buat tatapan hati?

semua itu...aku tiada jawapan yang pasti

semua itu bermula dari sekarang

ya ketika saat ini...saat masa terus memecut ghairah

manusia?

masih merencanakan warna hidupnya

memuaskan jiwa yang memberontak

mahukan kebebasan....tapi

disudut satu lagi

ada dia yang sedang mengenang nasib dirinya

dia jauh dari tempat kamu

ya tempat kamu yang penuh dengan pencakar langit

disana cuma ada belantara bersama hidupan liar yang persis haiwan peliharaan

ular itu umpama lipas

dan sebagainya

dia merenung dan terus merenung

apakah hari hari nya akan sama

sama selama lama nya?

tidak adilkah tuhan itu?

persoalan itu adakala menyesatkan dirinya

sesat dalam kepercayaannya

tapi dia sedar

hidup adalah kehidupan seorang yang menghidupkan ceritanya

maka tanpa rasa sedih juga hiba

dia berjalan terus

mahu menatap dunia ini sepuasnya agar tiada kesal nanti

baginya biar hidupnya tetap sama untuk setiap hari

tapi ianya tetap berbeza dari kamu semua....

manusia...kita ciptaanNya yang sedang di uji

tabahkan hati....lalui semuanya sendiri....

jangan takut jangan sesal

cahaya itu ada disana...menanti...

dan sekali pun ianya tiada,,,usah resah

penuhkan jiwa dengan sabar....

pasti di sana...hidup berubah...tiada lagi sama...

5 comments:

Anonymous said...

what happened to u???
ade problem ker???

cam sedey je ayat2 kat entry neh...
if u have any problem, plz do remember, thre's always a god to be there as our CEO...every seconds...
mngadulah pd-Nya...

p/s : kau budak uia jugak ker???
huhu..aku baru konvo last 2 weeks..heeeeee~

ceria2 selalu ok..chill!!

ayuni said...

msa dpn kite merancang dgn teliti tapi Tuhan yg menentukan dgn pasti.. hidup pnh dgn onak duri.. terpaksa dilalui selagi nyawa tidk terhenti.. hargai dan hayati hidup tanpa kekesalan ;)

iamredranger said...

"senyum seindah suria,
yg mmbawa cahaya.
senyum la dr hati,
dunia pun bseri.."

aku tgok gmba nenek tu tingat lak kt lagu ni..nape ek?
aish.

Anonymous said...

napew rmi sgt suka bermadah sejak2 akhir ni..haha

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

jane-lorr ye ke dak uia?yup i;m uia student tp lom grad la lg...baru 2nd year...haha...xd prob tp just rasa nk post cmni

ayu-wah ayat ayu sngat bagus....wady suka

adjla-tu la...agakla...ak suka lagu tu

told la hejauw-eleh kata orang,ko pun sama kan?kan kan?hahaha